top of page

MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA

(MDAB)

Program Mengubah Destini Anak Bangsa adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada anak-anak Melayu dan Bumiputera yang ibubapa mereka berpendapatan kasar di bawah RM4,000.00 sebulan untuk mengikuti pengajian Pra Diploma Perdagangan dan Pra Diploma Sains di UiTM.

PRA-DIPLOMA PERDAGANGAN

TEMPOH PENGAJIAN

1 Semester / 6 bulan

SYARAT AM UNIVERSITI

Lulus SPM atau yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat minima tiga (3) Kredit/Kepujian termasuk Bahasa Melayu DAN

  • Lulus Sejarah

SYARAT KHAS

  • Lulus Matematik/Matematik Tambahan

  • Lulus Bahasa Inggeris

PRA-DIPLOMA SAINS

TEMPOH PENGAJIAN

1 -2 Semester / 6 - 12 bulan

SYARAT AM UNIVERSITI

Lulus SPM atau yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat minima tiga (3) Kredit/Kepujian termasuk Bahasa Melayu DAN

  • Lulus Sejarah

SYARAT KHAS

  • Lulus Matematik/Matematik Tambahan

  • Lulus Bahasa Inggeris

SERTA Lulus salah satu (1) daripada mata pelajaran berikut:

  • Fizik

  • Kimia

  • Biologi

  • Sains Tambahan

KELEBIHAN PROGRAM MDAB

  • Pengecualian Yuran Pengajian (Peringkat Pra Diploma)

  • Kemudahan Asrama

  • Elaun Bulanan/Elaun Sara Diri

CARA MEMOHON

MUAT TURUN BORANG

  • Muat Turun Borang

  • Lengkapkan Borang Permohonan

  • Sertakan dokumen berikut yang telah disahkan:

    • Salinan Kad Pengenalan pemohon

    • Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa

    • Salinan Sijil Lahir pemohon

    • Salinan Sijil Lahir Ibu dan Bapa

    • Salinan Sijil SPM/Slip Keputusan SPM

    • Salinan Pendapatan Ibu dan Bapa/Surat Pengesahan Pendapatan

  • Pos/Serah ke Kampus Mukah​

bottom of page